Friday, September 21, 2007

Kock Consult dan Mudajaya Sdn Bhd.

KakDah dari 1987 lagi sedang menikmati unpaid leave, atau cuti tanpa gaji.

Mula-mula dulu KakDah turut bekerja dan bergaji. Sebaik habis SPM, KakDah jadi guru sementara di Sekolah Menengah Raja Shahriman Beruas Perak. Beruas adalah pekan tua bersejarah yang sangat tenang. Guru asal yang KakDah ganti tu cuti bersalin.

Kemudian KakDah dapat kerja di Kock Consult Lumut Perak. Syarikat tersebut adalah syarikat perunding dalam beberapa projek pembinaan di naval base Lumut. Tak beberapa lama kemudian, KakDah beralih pulak ke Mudajaya Sdn Bhd, sebuah syarikat gergasi pembinaan tanah air bertempat di Ipoh. Antara projek pembinaan yang dilaksanakan ialah jalanraya 'trans perak' atau jalan Seberang Perak dari Kayan terus ke Jambatan Teluk Intan. Di sepanjang jalanraya itulah terletaknya estate padi yang luas dan dapat memberi kesegaran kepada pemandu terutamanya apabila padi sedang menguning. Kini Mudajaya Sdn Bhd telah bergabung dengan Ipoh Garden Berhad dengan nama IGM Sendirian Berhad.

KakDah mengambil unpaid leave bila BangCik ke England untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Selepas itu KakDah menukar persepsi tentang kerjaya dan imbuhan. Ofis KakDah adalah rumahtangga, Pelanggan pulak ialah anak-anak dan suami. Nampaknya hingga takat ni, pelanggan KakDah tidak lari walaupun tidak bertambah.

Buat masa ini KWSP tolong simpankan caruman KakDah dan majikan untuk KakDah keluarkan bila umur mencecah 55 nanti. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa buat semua.

2 comments:

bangchik said...

I just hope that the unpaid leave is not out of guilt or felt imposed on.

Anyway thanks to your sacrifice. I really appreciate it and again a million thanks. But my heart really wish to say more....

KakDah said...

Salam,

Terima kasih ......suamiku, tidak banyak yg diharapkan, tp harapan setinggi gunung dan melampui gunung tertinggi didunia...berikan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada isteri dan anak2 juga keluarga kedua2 pihak. Moga pernikahan dan kebahagian kita kekal berpanjangan....selama2nye.