Saturday, September 08, 2007

Bang Cik: kerjajaya dan teman setia

Kakdah macam biasa la, ikut je kemana bangcik bertugas. Ada masa kami tinggal dirumah sewa dan selebihnye di kuaters kerajaan.

Rumah Sewa:
Manjoi - 4 tahun
Loughborough UK - 1 tahun
Tendung - 1 tahun
Kok Lanas - 1 tahun
Batu Pahat - 2 tahun

Kuarters:
Muadzam Shah: 5 tahun
Shah Alam: 2 tahun
Seremban: 6 tahun
Kota Kinabalu: 2 tahun

BangCik jarang cerita-cerita hal keje dia. Kalau nak nyembang pun hal-hal lain je. Katanya dia tak selesa nak cerita hal keje dan orang-orang di tempat keje. Katanya setengah hal baik tak payah tahu, biar kekal sebagai rahsia rasmi! Itu kakdah faham. Cuma kadang-kadang kakdah rasa serba tak kena bila kawan-kawan tanya itu tanya ini.., dan kakdah kene berterus terang kata "kakdah tak tahu..."

Kakdah faham bangcik berpegang kepada beberapa prinsip tertentu.. hal kerja tak heret ke rumah. Ada juga kawan-kawan seangkatan dengan kakdah ditempat-tempat lain yang tahu serba serbi tentang kerja-kerja suami mereka, tapi feedback yang kakdah dengo, orang-orang ditempat kerja disitu tak berapa gemar. Kononnye macam isteri masuk campur dan pengaruhi tindak tanduk suami ditempat kerja.

Bila bangcik taknak heret hal kerja ke rumah, kakdah pun tak kisah, kepala kakdah tak payah serabut. Kakdah tulis ini sekadar memaparkan realiti kerja dan hidup berumahtangga, tentang hal yang sepatutnya rahsia, dan hal yang menjadi milik semua, tentang kerjaya suami dan tentang teman setia suami tersayang.

KakDah: Esuk kami nak makan durian lelong di padang permainan depan rumah. Kononya sorang bayar RM5 dan makanlah sebanyak mana yang terdaya.. hehe... entah sapa organise, dengo-dengonye macam kelab staff dan kakitangan.

2 comments:

Pak Ngah said...

:: jauh merantau... luas pandangan dan tambah pengalaman.

KakDah said...

memang la..., tapi jangan lupa, pengalaman pun ada manis dan ada juga sebaliknya.