Saturday, September 29, 2007

Second edition in the making

Salam.

The second edition used Gmail as the account. It is still at embryo stage. Soon the new site will take off...

http://kakdah6162.blogspot.com/


Kak Dah

celcom buat hal

Celcom buat hal seharian.... Orang call tak bunyi... tiba-tiba ada message misscal saja... Semalam selama sejam line langsung tak ada.., satu bar pun tak ada. Dulu celcom upgred stesyen pemancar di KK. Sebelum gangguan berlaku, ada terima message amaran. Tapi kali ini, kita pun tak tau apa sebabnya........

Friday, September 28, 2007

Kelas Masakan Puspanita.

Salam,
Kak Dah akan perturunkan beberapa resepi Kek dan Biskut yg mudah dan ringkas tetapi sedap.Resepi2 ini kami pelajari ketika aktiviti masak memasak anjuran PUSPANITA PKK pd tahun lalu dan yg terbaharu.

Terlebih dahulu Kak Dah ucapkan banyak2 TERIMA KASIH kepada ajk2 yg menyelaras, Pn WAN Norliana, Cik Dayang Suhaila,Pn Vel, Cik Betsy dan tentunya S/usaha Pn Rokiah. Terima kasih juga kepada tenaga PENGAJAR....Pn Wan Norliana,Cik Halimatul Saadiah,En. Shahir dan EN Syaiful. En Syaiful terima kasih juga kerana meminjamkan cooker dan oven yg canggih tu.

Buat KJ Hospitaliti PN Ngah Khamsiah jutaan terima kasih kerana membenarkan peralatan dari dapur hospitaliti digunakan.

Selamat mencuba.....

Kek Coklat Kukus.
Bahan A
2 cwn gula pasir, 1 tin susu cair(evaporated milk),1 1/2 buku butter- cairkan kesemua dan sejukan.
Bahan B
2 cwn tpg gandum. 1 cwn serbuk koko, 1 sudu teh baking powder, 1 sudu teh sodium bicarb- kesemuanya di ayak.
Bahan c
4 biji telur- dipukul

Cara:Bahan B dimasukkan ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan di kacau perlahan2 kemudian masukkan Bahan C sedikit demi sedikit hingga habis.Masukan ke dlm loyang dan kukus selama 1/2 jam atau hingga masak.

BISKUT ALMOND LONDON

250 gm mentega/butter
130 gm gula aising
450 gm tepung biskut(protein sederhana/gluten) atau 300 gm tpg gandum + 150 gm tpg jagung
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Biji badam yg tlh di panggang
Badam cincang yg tlh di cincang
Coklat masakan(dicairkan-teknik double boiler)

Cara2 :
1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang dan lembut
2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur dan pukul lg selama 2 min
3. Masukkan tpg dan kacau rata
4. Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang dan bulatkan dgn adunan tph. Bentukkan samaada bulat atau bujur.
5. Bakar pd suhu 180 degree C hingga kuning. Apabila sejuk, celupkan biskut ke dlm coklat cair.
6. Masukkan kdlm mangkuk kertas dan taburkan badam cincang untuk hiasan.


CHOCOLAT CHIP COOKIES

Bahan2

1 cwn gula castor 1 sudu teh garam halus
1 cwn gula perang 1 sudu teh cream of tartar
1 cwn butter 1 sudu teh baking powder
1 cwn minyak sayuran 1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur 1/2 cwn chopped walnuts
1 sudu makan susu 2 cwn semisweet chocolate chips
4 cawan tepung serbaguna

Cara:
1. Thoroughly cream sugars, butter,minyak, telur, susu dan vanilla.
2. Campurkan bahan2 kering, nuts dan chocolate chips.
3. Drop by teaspoon onto ungreased cookie sheets.Bake at 175 degree c for 8 to 12 min. Cookies are light in colour when done.

Maaf bahasa yg bercampur aduk..

Biskut Coklat Fancy.

Bahan2:

250 gm butter 1 gelas tpg jagung
1 gula aising 2 gelas tpg gandum(secukup lembut)
2 sudu teh esen oren atau nenas 1 sudu teh serbuk penaik
2 biji kuning telur 1/2 cwn choklat urai

Cara2:

1. pukul butter dgn gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan esen.
2. masukkan tpg, choklat rice dan adun hingga mudah di canai.
3. canai setebal 2 1/2 sm, terap dgn acuan pilihan. Sapukan putih telur keatasnya dan taburkan choklat rice.
4. bakar dlm oven-180 c antara 15 - 20 min.

Resepi ini memang kegemaran Si Bongsu.....rangup dan sedap dari koleksi peribadi Kak Dah.

Lain kali Kak Dah sertakan resepi ROTI PIZZA.....memang yummy!!!!

hujan seharian

Salam,

Waktu hujan lebat hingga membanjiri beberapa kawasan sini awal pagi tadi ...., KakDah tengah sedap lena. Konon lebatnya itu, apa kata Bang Cik je la...... Dia je yg jaga....... Hari ini nampaknya hujan masih turun...... renyai-renyai berlanjutan seharian... Cuaca pun nampak muram je ... langit mendung.... matahari tak keluar-keluar pun...

Petang ni Bang Cik berbuka dengan JKM,.... KakDah dengan siBongsu je la mengadap nasi dan ayam masak berlada.


Kak Dah.

Sunat lewat bersahur dan kelamkabut

Salam.


Memang la bersahur lewat ni sunat .. ........... Seboleh-bolehnya kita nak bersahur lewat. Tidor awal, set alarm clock betul-betul dengan harapan ia berdering pada waktunya. Ada masa kita tersedar dan terus bingkas. Ada masa kita tersedar tapi off semula alarm dan lena balik.

Kak Dah teringat cerita dari Arwah Tok...... ........ Ada orang tu tersedar lewat, bila makanan dah siap, waktu imsak pun dah habis...... ....... Tapi dia kejutkan juga anak-anak yang masih kecil untuk bersahur........... Anak-anak kecil yang baru belajar nak puasa memang kena bersahur, kalau tidak esuk tentu nampak tak bermaya,...... meleleh, .........dan merengek-rengek nak makan/minum cepat sebelum tiba waktunya. .............. jadi suami isteri tu adjust semua jam dinding, seolah-olahnya ada lagi setengah jam bersahur.............

Maka makanlah anak2, lepas tu sambung tido dan esuknya bangun macam hari-hari lain..... dan terus berpuasa. .......... Tapi Kak Dah tak ingat sama ada Arwah Tok kata suami isteri tu makan sahur sama atau tidak....... tidak kut.! ............. orang tu ialah Pak Long Cikgu Li dan Arwah Kak Robiah di kampung selekuh pengkalan bharu.

Tadi, kami kelam kabut................ Bang Cik dah janji nak buat nasi goreng untuk bersahur. BangCik tido awal dan bangun sebelum Kak Dah tido. Kak Dah sedar jam 4.00 pagi, terus ke dapo ...... Bang Cik tengah rincik ayam, bawang, sotong dan sayur..... .......... Kak Dah kata "Dan ke ni?" ...... Bang Cik sengih sambil kata " ala.... kejap je buat nasi goreng"...... ...........Kak Dah bancuh kopi dan susun pinggan dan cawan atas meja..... ............. Tepat jam 4.15 nasi goreng dah siap dan kami pun makan tiga beranak....................... waktu imsak disini jam 4.38 pagi.

Sambil-sambil masak, Bang Cik cerita..... katanya jam 3 pagi dia ke IP nak beli apa tah ..... benda yang sama PakTeh dan PakTam mungkin beli tak kira waktu .... racun ikut istilah Bang Cik. Waktu Bang Cik keluar, baru lepas hujan lebat. ........ Katanya dekat roundabout poly banjir dan dekat stesyen janakuasa elektrik pun banjir jugak. Lepas beli racun, on the way balik Bang Cik cuba elak kawasan banjir kat janakuasa elektrik tu, lalu dia ambik jalan dalam KKIP...... Dalam tu dia sesat!...... kehulu kehilir. Nak tanya orang pun takde sapa, Guard kat kilang-kilang tu pun sedap lena......... Sampai rumah 5 minit sebelum pukul 4.00 pagi.

Kawasan dekat janakuasa elektrik tu hingga IP meninggalkan kenangan pahit pada Kak Dah. Di situ jalannya bumpy dan ada lubang, terutamanya sebelah kiri. ........ ....... ......... Suatu hari waktu tengah hari Kak Dah dengan siBongsu driving kat situ, guna lorong kanan. Kemudian polis trafik tahan Kak Dah dan saman terus. ................Katanya kenapa puan bawak slow kat lorong kanan! Bengang!!........... Terbang 150 ringgit...... Entah la..., nasib Kak Dah la jadi pelengkap untuk buku 555 polis berkenaan. Polis tu tak tau kut ...... kereta NBD 4763 bermaksud Ni Bangcik dan kakDah....... hehehe.

Sekian.......... selamat berpuasa. dan jumpa lagi. nak solat subuh kejap.



Kak Dah

Thursday, September 27, 2007

Apa yg dirasai oleh anak2......

Salam,

Kisah benar ini Kak Dah paparkan sebagai renungan untuk semua yg membaca........terjadi semasa kami menetap di Seremban ,disebuah sekolah ..,..akibat perceraian ibu dan bapa., masalah pertelingkahan ibu bapa....

1)seorang pelajar perempuan yg hampir terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah pada waktu prep.....menjadi runsing dan sasau sekejap apabila bapanya mempunyai isteri baru......dia risau...ape yg akan berlaku pd ibunye, adik2nye dan mase depan mereka....bapa mungkin tidak punye sepenuh mase untuk mereka seperti selalu.....jenuh kami mententeramkan nye,Kata Bang Chik.....Cikgu akan panggil kedua dua mereka dan berbincang....itu masalah org tua kamu, nanti akan ada penyelesaiannye.....tugas kamu sekarang ialah belajar bersungguh2, SPM dah dekat .........keputusan SPM mesti baik.......kemudian baru kamu boleh tlg ibu dan adik2 kamu, cuba tidak datangkan masalah baru kepada ibu.........Kak Dah tak tahu apakah pelajar itu faham....tugas diberikan pd guru klas dan ketua blok untuk memantaunye......

2)seorang pelajar lelaki meninggalkan sekolah dan asrama pergi mencari bapanya.....apabila siibu memberitahu yg bapanya agak lama tidak balik kerumah........jenuh juga cikgu2 bertanya kepada kawan2 kenapa jadi begini dan begitu......menalipon ibu dan bapanye bertanya kalau2 sianak ade dgn mereka...sbb pelajar ini 'hilang tika waktu outing'. Siibu tangkas dtg kesekolah tp bapa tak nampak muka......cerita yg diterima kemudiannya.......bapa menalipon anaknya memberitahu 'bapa telah keluar dari rumah ibu dan juga dihalau dari rumah "mak cik" kamu dan skrg bapa tumpang bilik di rumah kawan bapa....bapa dah tak punya apa2 lagi....'

3)seorang pelajar yg cerdik tak mampu nak bayar yuran sekolah dan SPM nya sbb ayah belum bagi duit lg.......puncanya ayah kawin 2...gaji kecil dan ramai adik beradik.....nanti bila ada, ayah akan bagi sambil airmata meleleh dik kerana malu atau sedih?........

4)seorang pelajar terpaksa ambil cuti kerana nak jaga abah....kenapa....abah dan emak berpisah kerana abah kawin lg dan skrg cerai...abah sakit ,ade dihospital tak da sapa2 nak tunggu......sekali lg cikgu2 perlu selidik betul atau tidak...ternyata betul....

5)seorang pelajar lelaki ambil cuti nak teman mak ke mahkamah.....kes perceraian mak dan bapanye...balik asrama monyok.... lagi cikgu2 kena pantau emosinya...nak balik dan tukar sekolah yg dekat dengan rumah...nak jaga mak dan adik2(anak sulong)....mak tak benarkan....kalau boleh semua anak2 nak di anto ke asrama..tak nak anak2 nampak kesedihan dan kepedihan yg beliau hadapi....

6)seorang ibu yg menjadi isteri kedua kpd seorg vip meminta agar dinasihati anaknya supaya tidak keluar dr asrama sekolah...kenapa...tidak mahu anak tunggalnya melihat penderitan yg terpaksa ditanggung akibat deraan kata2 yg keluar dari mulut suaminya..(ayah tiri) pd hal anak nak menemani ibu dirumah......

7)seorang sepupu Kak Dah meminta bantuan Bang Chik agar anak kawannya diberikan tempat/ asrama...kerana...anak manja suaminya telah menjadi musuh ketat kepada siayah itu sendiri (seorang kaunselor)........kenapa ....kerana siayah telah kahwin lain......

Rasa2nya 3 org kaunselor pun tak cukup bagi membantu meredakan tekanan perasan pelajar2.......

Ada banyak lg cerita benar disana setelah hampir 7 tahun kami disitu......kenapa Kak Dah tahu...kerana Kak Dah ada pada dan ketika insiden ini berlaku.....yang Kak Dah tak tahu banyak lg sbb Bang Chik jarang mahu bercerita apa yg terjadi di sekolah mahu pun pejabatnya. Bak kata org dipejabatnya dulu...mudah bg guru2, kakitangan dan pejajar2 keluar masuk pejabat HM......begitu juga sering disinggahi oleh pelawat2 yg tak buat temu janji yg terpaksa dibenarkan oleh Atuk Sulong(pengawal keselamatan).......Kak Dah tentunya kena bersedia dirumah...sering dibawa balik bila waktu pejabat selesai......

Kepada sesiapa yg mahu cuba2 megumpan dan bersedia diumpan...yg membaca blog ini fikir2kan lah......cabaran nya besar dan ketika berjaya mengatasi tahap 1, akan ada lagi cabaran yg lebih besar yg membuatkan kita mungkin kehilangan segala2galanya ...... kasih sayang.

Kepada yg suka cabaran dan resiko.........menung dan tenungkan...sedalam dalam2nya agar tiada siapa yg lukai dan disakiti......

Melarat-ralat pula Kak Dah ni...berhenti disini dulu...sebelum ada yg jemu atau mungkin sudah jemu membaca.....

Kak Dah.

Raya yang nak mari...

Salam untuk semua,

Dah macam separuh jalan dalam bulan ramadan...... awal-awal dulu rancak susun menu berbuka .... la ni, idea pun dah kurang .. BangCik tak ghairah macam dulu-dulu ngatur apa nak makan, menu apa ke, tekanan dek auditing oleh Sirim kut?.. hehehe ... langsung tak sebut nak ke Bazar Ramadan pun ... sibongsu pulak sekali dua je demand nak tu nak ni. KakDah pun dah habis senarai resipi berbuka ... hehe.. Takpe... boleh ulang balik resipi untuk 2 minggu ni. Cucur udang baru sekali buat, laksa mee sekali, dan selebihnya menu nasi - lauk - sayur - air. Kanji belum buat lagi ...

Tanya BangCik apa nak buat raya ni ... nasi himpit je katanya dgn kuah kacang .. then biskut raya beli ... then air .. Hmm. Sibongsu ada le cadang satu dua jenis kueh raya... Weekend ni nampaknya udah kena kumpul barang2... planning untuk raya ..

Yop balik 6hb Oktober ni lewat2 petang. ................. Kakak, Ramli dengan Lynn sampai 15hb Oktober, raya ke3.

Raya dah nak mari ......


Kak Dah

Tuesday, September 25, 2007

'Pilihan'

Salam,

Mengulas tentang 'Pilihan' drpd blog Pak Ngah......

Wanita itu telah merasa sakit dan perit apabila suaminye berkahwin lain, kenapa org lain mau di jadikan mangsenye pula........Yang dulu jadikan panduan dan teladan...

Lelaki itu...mampukah menangani 2 keluarga sekali gus.....7 org anak yg masih kecil yg lebih memerlukan sokongan , bantuan dan perhatian drp ayah untuk melayari hidup.......

Apakah beliau baru terasa telah diabaikan oleh isterinye .......apabila cuba menasihati wanita itu............sudah tentu nantinye ade istilah 'Tipu Sunat'....

Isteri.......hanye Allah yg tahu betapa takut dan gusarnye hati .....sokongan amat diharapkan drp suami untuk sama2 mendidik anak2 hingga dewasa. Isteri merasa perhatian kepada anak2 perlu dilebihkan kerana SiAyah telah benar2 dewasa dan sudah tentu lebih memahami akan sesuatu situasi.7 org anak yg dlm proses membesar ...tentunye menuntut banyak kesabaran...tolak ansur......memahami......membantu.......tanggungjawabnye bukan kecil.....fikirkanlah....

Kenyataan harus dihadapi........luahkanlah ape yg terpendam baik suami ataupun isteri...duduk semeja berbincang dan mencari jalan penyelesaian walau pun sukar dan perit. Penasihat yg tidak berat sebelah perlu ada.........nampak mudah tp perlu berhati-hati....

Bang Chik pernah berkata 'Sayangilah Apa Yang Kita Ada Kerana Yang Di Depan Belum Tentu'

Kak Dah banyak merantau ke merata tempat: Pelbagai kerenah dan sikap suami/isteri kami temui.......ade yg minta dinasihati suami2 meraka ...kata mereka , 'suami nampak lain macam sangat' .....ade yg benar2 berburu di hutan hingga leka hal rumahtangga semuanye nak isteri uruskan.....ade yg sekadar suka2 memancing dipersekitaran sekolah kut2 ade yg mengena....

ade guru2 yg cuba mengumpan anak didiknye semasa disekolah .....salah dari segi etika.....ade yg mengadu isteri terlalu mengongkong, kuat berjalan dan bermasam muka dengan jiran tetangga......seribu satu kisah yg minta kami nasihati......walhal kami pd tika itu belumpun cukup umur...belum 40 tahun.

Di Seremban: Kak Dah pernah megenali seorg guru.......beliau anggun bergaya,lembut tutur kata, berhemah , pendek kata tak da cacat cela dan suaminye pernah berkata pd Kak Dah......isterinye seorang isteri mithali.......tp kini dengarnye sisuami sudah mula buat perangai...
Ape sebenarnye yg di kehendaki oleh seorang lelaki/suami?

Mungkin ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan isteri...Kak Dah tak tahu......

Si Isteri pernah juga memberitahu Kak Dah bahawa beliau cuba sedaya upaya memenuhi tanggungjawab seorang isteri/ibu dengan ikhlas supaya apabila terjadi perkara yg tak diingini , beliau tak perlu kesal,bebal dan bagai nak sasau mencari kesalahan diri.........(akan cuba mempertahankan pernikahannye)......bermadu tidak sama sekali.....lebih baik bela anak2......itu pilihannye...

Seorang lg bercerita......suaminye bagai nak gila bersama rakan sekerja di KL, kesana kemari bak belangkas....suatu mlm dia menerima panggilan dr seorg yg tak dikenali menceritakan perihal suaminye.......bagaikan tak percaya.......tidak panik tp dlm diam minta rakan baiknya menyelidik pekara sebenar....dlm pd itu dia sendiri pun berbuat pekara yg sama.....kemudian bersemuka dgn suami dengan cara yg penuh hemah lengkap bukti .....tp sisuami tetap menafikan.....kata isteri ini yg pertama dan terakhir.....kalau terjadi lg ....maaf ....dia rela sendirian bersama anak2....Tempat beliau mengadu hanyelah pd ibu dan kawan baiknye dan yg utama kapada ALLAH...Alhamdulillah nampak bahagia kesane kemari berdua kadangkala terserempak mereka sekeluarga.....Tp itu setelah sisuami diserang penyakit dan memerlukan rawatan segera.....duit tak cukup....isteri bertindak mencari sumber keuwangan...kena janji tak boleh menduakan isteri sesuka hati........

Ade lagi cerita tp Kak Dah tak boleh coretkan disini atau dimana2 jua.....rahsia ...biar pecah di perut tp tidak dimulut.....

Tak banyak yg Kak Dah tahu cerita daripada suami2 kerana golongan ini tak banyak mahu bercerita pd Kak Dah...mungkin pd Bang Chik ade......

Dialog ini.......awak ni Bang pg jam 7 pegi keje,....kata nak balik makan ..kita tunggu....tp tak balik..juga tak call....5.30 balik rumah ....kemudian keluar main....lepas makan mlm pegi pejabat lg...balik pukul 11,12 mlm...esuk2......begitu juga....cuti sabtu dan ahad ...memancing.....org tahu penat dan sunyi jg....jangan ingat org perempuan yg sudah kahwin dan ade anak2 tak de yg minat........anak2 bertanye mane abah.....abah ni ...kami nak pegi sekolah abah dah pegi keja...kami balik sekolah abah belum balik lagi....kami main ....abah pun main....kami nak tidur mlm abah tak balik dari opis lg......boleh nampak tp tak sempat nak cakap....tak dapat nak sembang2 dan cerita........Abah tak pecaya yg anak2nye kata begitu....itu kata si abah, si mak yg nak kenenkan suami.....boleh sambung lg....'carila la lain ...aku cari sampai lubang cacing'.

Kenapa Abah perlu marah...kenapa abah tak mahu temenung dan merenung.....kenapa...kenapa....

Kata org kita selalu 'take for granted'..........betul ka?

Kak Dah.


Tadi sebelum pergi kerja Bang Chik bising sambil kehulu,hilir mencari dompetnye.....tak jumpa...mungkin dlm kereta tp tak de juga....jenuh kami cari.....dari opis Bang Chik call ....Dah tlg carikan ye......sambil tu mengimbas ape yg beliau lakukan ketika balik keja semalam....satu persatu....kut2 ade clue.......keatas kebawah Kak Dah cari selongkar.....rupa2nye ade dlm beg kain baju yg selau di bawe outstation.......tp Kak Dah Tak belek pun....

kepada Pak Ngah.....munkinkah ade yg tersurat dan tersirat di sebalik kejadian ini...Kak Dah Tak tahu.....hehehe

bukan jadi tabiat Kak Dah belek dompet/h phone suami.......Bang Chik tak' berapa gemo'......tp Kak Dah takut juga manela tahu nanti sudah terlewat pulak....hehehe...sesekali kena buat juga ye.....

Mase Kak Dah bertandang kerumah Pak Ngah dulu......didapur ....Mak Ngah pernah berkata/bertanye sesekali nampak Pak Ngah berbisik ngan h/p beralih diketempat lain........so Mak Ngah juga kena hati2......hehehe sekadar gurau ye Mak Ngah.....kata Kak Dah selalunye...ade le berita dari kampung tu....mereka adik beradik......

Kak Dah.



Kepada Hakim.....'u are welcome to KK , apartment mewah B-5-6' hehehe...

Saturday, September 22, 2007

Teringat masa dulu.....

Salam,

Imbauan silam menjelma...masa tu di Bt 51,ruang dapur baru belum ade lagi...dapurnye sebelah bilik air.....Arwah Tok Wan dan Tok berdiri membuat roti jala...Tok Wan guna acuan/sarang...tp Tok guna lima jari buat roti jala...biar betul...bukan geli tp kagum...pertama kali Kak Dah tenguk...munkin Tok terperasan...Tok membisikan sesuatu pd Tok Wan.....Tok basuh tangan.....KakDah kata laaaa mak , teruskan la......bukan ape...Dah tak pernah tenguk roti jala dibuat dengan jari.....Ayah sambung.....kalu nak guna sarang lambat sangat.....Air tangan ibu....makan dengan kuah derian .....Pak Ngah Can pun ade same....

Pada bulan puasa ni....Kak Dah teringat Arwah Mak...buat tepung talam keledek...memang berase..lemak, manis dan lembut.....sampei sekarang kak Dah tak tau buat..pernah di cuba tapi rase tepung....

Kari dan sayuk ikan kegemaran Bang Chik Kak Dah belajo dari Arwah Mak hingga mahir.....

Bang Chik pernah merengek pada Arwah Mak nak makan nasi ulam ...mak tetap mak....walau pun lewat petang tetap diusahakannye.....bukan apa a'zizi tak pernah mintak banyak benda dok senyap je...tp jangan dok kacau dia tak tentu hala...hang siap.....sambil senyum...kesian tingkat 3 dah pi asrama...lepeh tu pi luak ngeri.......

Kak Dah kena siang ikan belukang dalam bilik air.....parang tumpui....menangis di buatnye...nak kata tak tau malu...iele baru lepeh kawin... ikan tu hampir hanco....tung,tang bunyi parang tumpui bertemu kepala ikan dan kayu aleh......keluar dari bilik air...Arwah Ayah tersenyum simpul...lagi le malu....

Kerenah adik2 ipar lelaki yang suka merendam jeans dalam besen dan baldi hingga berlendir...bukan nye mereka minta Kak Dah tolong basuhkan tp kesian pd mak .....maka lamele Kak Dah berada di bilik air ..........merengek pd Bang Chik minta beli mesin basuh untuk Mak......tp Mak kata kalau beli nanti mak nak buat apa,nanti tak da keja pulak....laaa Sambut Arwah Ayah...Mak Hang tu takut nak guna ,dulu masa nak beli dapok geh pun takut jugak....

Arwah Mak dan Ayah sering Kak dah lihat bersefahaman......dalam mengendalikan tanggung jawab mereka.



DIPantai Remis....

Mase zaman main pondok2 dulu...Arwah Tok Ayah buatkan pondok dari daun kelapa..kemas dan berbumbung...Opah membenarkan kami adik beradik mengambil beras dan bahan2 lainnye untuk dimasak dalam pondok kami sambil diawasi oleh Tok ayah...kami seronok....mase tu Ank2 Arwah Pak Hitam pun ade juga.Kami main cikgu2, masing2 bergilir2 menjadi cikgu dan murid2 sambil mengajuk ape dan cara cikgu disekolah mengajo....hehehe guna kain sarong dan pin baju buat kain sempit....best tu....
Kami bebas main tangkap anak ikan sembilai karim diparit2 sekitar rumah.....bila musim hujan tiba..disimpan dalan botol2 kecil.,.juga main rakit batang pisang di Parit Pak Hitam....bermain guli besar dan kecil selalu yang menang ialah Mak Cho....Pernah Tok Ayah mengamuk dicampak kan guli2 kedalam lubang najis...sbb kami lalai.......tak ingat malam,kerja2 rumah dan sembahyang.....Main Pak Pui dan galah panjang sekitar rumah sewa Pak Hitam bersama anak2 penyewa lain...cukup masa pintu rumah ditutup kerana tak tau2 nak renti hingga magrib atau pun berkelahi...

Bila hari kian gelap kak Dah, Mak Cho dan Mak Yang bergilir2 menyalakan lampu goselin dan selalu juga kami kena marah sbb mentol lampu kerap menjadi abu.Setiap hari , kami 3 beradik kena penuh kan tempayan....mengangkut air dari telaga........

Nanti bila kelapangan Kak Dah cerita lagi.....

KakDah.

Friday, September 21, 2007

Kock Consult dan Mudajaya Sdn Bhd.

KakDah dari 1987 lagi sedang menikmati unpaid leave, atau cuti tanpa gaji.

Mula-mula dulu KakDah turut bekerja dan bergaji. Sebaik habis SPM, KakDah jadi guru sementara di Sekolah Menengah Raja Shahriman Beruas Perak. Beruas adalah pekan tua bersejarah yang sangat tenang. Guru asal yang KakDah ganti tu cuti bersalin.

Kemudian KakDah dapat kerja di Kock Consult Lumut Perak. Syarikat tersebut adalah syarikat perunding dalam beberapa projek pembinaan di naval base Lumut. Tak beberapa lama kemudian, KakDah beralih pulak ke Mudajaya Sdn Bhd, sebuah syarikat gergasi pembinaan tanah air bertempat di Ipoh. Antara projek pembinaan yang dilaksanakan ialah jalanraya 'trans perak' atau jalan Seberang Perak dari Kayan terus ke Jambatan Teluk Intan. Di sepanjang jalanraya itulah terletaknya estate padi yang luas dan dapat memberi kesegaran kepada pemandu terutamanya apabila padi sedang menguning. Kini Mudajaya Sdn Bhd telah bergabung dengan Ipoh Garden Berhad dengan nama IGM Sendirian Berhad.

KakDah mengambil unpaid leave bila BangCik ke England untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Selepas itu KakDah menukar persepsi tentang kerjaya dan imbuhan. Ofis KakDah adalah rumahtangga, Pelanggan pulak ialah anak-anak dan suami. Nampaknya hingga takat ni, pelanggan KakDah tidak lari walaupun tidak bertambah.

Buat masa ini KWSP tolong simpankan caruman KakDah dan majikan untuk KakDah keluarkan bila umur mencecah 55 nanti. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa buat semua.

Kenduri Kahwin anak sedara.

Masa kenduri kawin Aman KakDah dapat sama-sama raikan... Masa bertunangnya orang sabah wakilkan pada sibongsu,.... masa tu sibongsu pulang dengan tambang percuma dari Kerajaan Malaysia.

Ni, untuk kenduri kawin Akim pulak...., takde sapa-sapa offer tambang pun.... Hmmm.. tapi semalam ada BangCik congak2 dengan program dia. Catatan berikut adalah copy dari comment di Blog Akim.

Semalam ada PakLang susun2 program dia. Katanya dia boleh turun ke semenanjung pada hari Jumaat. Kemudian terus ke Nenering, tidur semalam. Hari Sabtu, masa hari kenduri tu, pada jam 2.00 ptg pakLang kena turun balik ke Melaka sampai 5hb Disember.

Tapi PakLang tengah pening nak atur transport dari KLIA ke Nenering dan balik ke Melaka. Ada sapa-sapa nak bantu?. Katanya lagi "only one passenger"

MakLang tolong sampaikan je......

Nurin o nurin

Tidak banyak yang boleh dikatakan tentang Nurin, selain dari menyampaikan rasa simpati kepada keluarganya.

Kes yang hampir sama juga berlaku di Manjung suatu ketika dulu. Pemangsa itu telah ditangkap dan dihukum.

Dalam kes ini, kita harap polis dapat selesaikan dengan segera dan kembalikan semula keyakinan masyarakat. Kita pun tahu betapa sukarnya untuk menangkap dan menyelesaikan kes ini....

Wednesday, September 19, 2007

Bisnes yang tidak dirasai.

KakDah telah melalui beberapa jenis perniagaan. Ia berlaku dengan tidak sengaja tanpa disedari.

1. Zuraidah's Fashion House.

Peralatan;
mesin jahit elektrik Singer UK RM500, mesin jahit tepi Singer RM1,200, mesin jahit Singer manual (just modified to electric) RM950, work table RM200, table lamp RM 55, tali pita RM1.00 , gunting RM25 dan beberapa peralatan lain. Kesemuanya mencecah sekitar RM3,000.

Kelayakan;
Latihan dari emak KakDah dan kelas menjahit Kemas selama sebulan lepas SPM tahun 1979. Selebihnya tenguk, rangka dan cuba.

KakDah menjahit hampir kesemua pakaian KakDah dan anak-anak masa mereka kecil. KakDah menerima tempahan dari rakan-rakan serta rakan kepada rakan-rakan sejak tahun 1987. Cuma akhir-akhir ini KakDah tidak berapa aktif. Alasannya ialah mata tak terang lagi dan mudah lenguh-lenguh. Sekali sekala KakDah tidak menolak tempahan dari rakan-rakan yang rapat.

Antara pelanggan
regular KakDah ;
Seremban: Pn Jun, Hjh Ramlah, Normali, Latifah, Pn Adlan, Normah, Hjh Normala, Mashitah, Pn Ana, dan rakan-rakan mereka. Ada seorang pelanggan KakDah merupakan student mass com Uitm Shah Alam dan kini adalah penyampai berita jam 8 TV3.

KakDah tidak buat akaun secara rapi, tapi KakDah percaya total upah jahit sudah cecah puluhan ribu.

Mereka fesyen dan menjahit masih kekal sebagai hobi utama KakDah.

Jemputan Berbuka

Tadi kami tidak berbuka di rumah. Jemputan berbentuk " abangcik dan isteri" berkehendakan sedikit penyesuaian. Anak bujang terpaksa kena tinggal. Kami berdua tiba di tempat itu 5 minit sebelum waktu berbuka. Seperti biasa abgcik menghadapi kesukaran berbuka dengan pelbagai juadah, terutama sekali bila menu bukan pilihannya.

Waktu bersahur, kami perlu masak, dengan masakan yang paling ringkas dan cepat. Rezeki kami ialah nasi dan ikan sebelah sebelah goreng dan sup.

Siang tadi Kakdah menerima telefon dari ummi adlina. Katanya mereka bertiga nak beraya di Sabah selama sepuluh hari. Biar Betul??.. KakDah tengah congak2 dengan bangcik apa nak atur......

Monday, September 17, 2007

Bukit.

Muka bumi terdiri dari tanah rendah dan tanah tinggi. Tanah rendah ada lembah dan paya Manakala tanah tinggi ada bukit dan gunung.

Gunung adalah simbol kepada kekuatan. Gunung dengan simbol kekuatan menyalurkan therapi psikologi. Kakdah mencari gunung setiapkali tingkap dibuka pada waktu pagi. Di Sabah ini KakDah boleh melihat gunung atau bukit di 3 arah. Gunung Kinabalu, bukit belakang Telipok dan bukit dekat Gayang. Merenung gunung dan bukit buat KakDah, seperti mandi air tujuh bunga..

## Hari ini Isnin 17hb September merupakan cuti ganti kepada cuti hari Malaysia 16hb yang jatuh pada hari Ahad. BangCik dan anak bujang bercuti 3 hari berturut-turut; yakni sabtu, ahad dan isnin. KakDah pulak tak heran sangat, kerana KakDah sememangnya dengan unpaid leave dari tahun 1987 lagi.

Saturday, September 15, 2007

Sabtu: borong baju baru

Kami berdua turun dari apartment tingkat 5, lalu menyusur sepanjang jalan sulaman. Kak Dah cari baju raya di kedai tepi Wisma Merdeka . Dapat 2 pasang, warna oren dan jingga pekat. Takpe, ada lagi 3 minggu untuk jahit. BangCik rilek je tahun ni.... katanya pakai yang tahun lepas je. Minggu depan nak selesaikan baju anak bujang pulak!!

Masa menyusur tepi teluk likas, jalanraya jadi sesak, alir trafik berdenyut-denyut saja. Rupa-rupanya dekat simpang KDK tersadai 3 kenderaan, melekat-lekat, dan dihadapan sekali ialah Bas Mini jalur biru. Jalan sebelah laut tentulah sesak sebab accident tu, tapi jalan sebelah darat pun sesak jugak!!. Kan memang tabiat pemandu suka ambil sibuk, perlahankan kereta dan terjengah-jengah nak tahu apa yang berlaku.!

Masa nak balik, singgah kejap di Servay Parkwell Likas. Servay adalah antara supermarket yang masih bertahan. Yang lainnya terkulai dengan pukulan Giant. Di Kota Kinabalu, Giant telah mula menunjuk taringnya dengan monopoli dalam peruncitan pasaraya. Servay bagi Kak Dah dapat menghidupkan gelagat pembeli yang gemarkan pilihan. Tentu seronok kalau kita dapat jengah Servay, giant dan Tong Hing, berbanding dengan menyinggah di Giant Inanam, Giant Likas dan Giant Kampung Air. .... Untuk itu sekalung Tahniah , S e r v a y.

Suatu masa dulu AbangCik ada cerita, pemilik2 pasaraya yang sudah berumur tentu gembira dengan tawaran ambil alih dari Giant. Pertama dapat mengelak dari persaingan hebat dari Giant dan yang kedua dengan cash baru hasil proses ambil alih membolehkan mereka menikmati saki baki hidup dengan tenang dan selesa.

Tetapi Servay memilih untuk bertahan dan bertarung. Selamat Berjaya Servay!!.. Motto Servay dengan tulisan merah ialah " YOUR PAY LESS STORE "

Terserempak dengan Saifullah membonceng trolley bersama dengan ibu, ayah dan adik kecilnya masa diLikas tadi. What a small world......... Kak Dah hulur tangan dukung dia, dan dia pun tunjuk manjanya, tersengih-sengih.........

Thursday, September 13, 2007

Ulang tahun Blog

Sedar-sedar sudah setahun usia blog ini. Lebih kurang masa macam ini juga tahun lepas. Ketika bulan puasa.

Tadi ke bandar, menguruskan borang harta pusaka. Dalam keluarga Kak Dah, kalau apa-apa hal, yang lain-lain boleh berkumpul dengan segera, tetapi Kak Dah dalam mengharung hidup ini, terpaksa bermastautin di sabah yang jauh. Untuk urusan pusaka ini, Kak Dah kena wakilkan pada yang lain-lain saja. Kak Dah kena lengkapkan satu borang dan borang itu perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Jadi Kak Dah pun berkunjunglah ke Mahkamah Kota Kinabalu. Bangunan yang tersergam tepi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Orang berkenaan cukup teliti, belek borang beria-ria. Sekejap saja prosesnya. Tak sampai setengah jam, Kak Dah pun ucapkan terima kasih lalu beredar. Selepas itu, singgah sekejap di Eaton, kedai favourite untuk alatan menjahit. Kemudian lajak ke Supermarket Tong Hing, untuk beli ayamas produk, susu segar, bawang dan majerine.

Selang 3 kedai dari supermarket itu, ada kedai buah. Kak Dah beli pula betik, pisang berangan dan tamar. Tamar tu special sikit kerana jenamanya ialah AZIZI.

Dikotaknya tertulis;

AZIZI mozafati dates
Net weight 650 gm
product of I.R. of IRAN.

Macam biasa la, bila shopping wang pun mengalir. Harga barangan kini bukan murah macam dulu. Lima tahun dulu bawang sekilo boleh dapat seringgit lebih, Kini di sabah harga sudah melonjak jadi tiga ringgit lebih. Kuasa membeli terus merosot. Kak Dah letakkan detail apa yang Kak Dah beli tadi sekadar mengingat diri sendiri supaya pandai-pandai berjimat jangan ditelan inflasi.

Alatan jahit 10.40
Tong Hing 35.60
Kedai Buah 14.50

Wednesday, September 12, 2007

ramadan muncul lagi

selamat berpuasa kepada semua.

Monday, September 10, 2007

Terkena dan dikenakan

Ptg semalam kami ditaman mainan, ramai2 pi makan durian, rambutan, duku langsat, langsat, buah mata kucing dan buah tarap.KakDah dan BangChik tiba lewat sampaikan Zan called mengingatkan.......Sesampai disitu.....semuanye tengah jamu selera.......bayar rm 10 untuk 3 org.....KakDag minta Chef Saiful pileh durian mana yg baik......memang sedap...isi kuning ....makan seulas.....bila pusing nak ambil lagi sebelah udah hilang.....KakDah tanye sapa ambil....BangChik kata tak.....kemudian En Mus TP menganggukkan kepala, katanye nampak sedap....dia senyum....tp sebelah tu cuma ade seulas je......saja nak riuhkan suasana.....

Sambil makan sambil sembang Saiful, Zan dan Poji longgokkan buah rambutan dan langsat depan KakDah macamla boleh makan habis semua tu.....lepeh tu Kia , Pozi dok usik KakDah makan banyak sorang2...sambil kata e...gi teman KakDah makan.......banyak tu......KakDah masih tak puas hati...sebab baki rm 1 belum dapat.....selamba Poji dan Zan kata sebab bawa balik ,harga lebih.....macamla KakDah mintak anto ke tingkat 5.......sampei sudah tak dpt baki...hehehe...buah yg habis dibawa balik sedikit sorang .......masih berbaki di anto ke asrama atau surau ,KakDah tak pasti...Amir uruskan...

Puspanita buat mesyuarat tergempar kat situ.....mentelah ajk2nye ade ......ramai nak beniaga masa puasa ni....Kia, Farah, Azah dan Vel akan uruskan......Pengarah sampuk...nak ke khemah sendiri....hehehe.....tp lepas ni kena jaga...uruskan sendiri....tp untk bulan ni pi sewa dulu.....

Malam kami 3 beranak ke Macdonal....sambut 1 hari awal...bday SiBongsu.....pilihan sendiri. SiBongsu kata...nak rm100, nak h/set baru,nak laptop dan nak pendahuluan alaun rm500..hehehe....lunch td Kakdah beritahu BangChik.....eh.....BangChik senyum....tugas kakDah beritahu BangChik udah selesai..........




1.20 ptg td BangChik bertolak dari rumah nak ke PUO Ipoh.Hari ni jugak bbay SiBongsu....18 tahun....tadi KakDah sms dia'happy b day,semoga adik bertambah matang seiring dengan usia,jangan lupa pelajaran, Ma sentiasa mendoakan kebahgian adik,luv u".Tapi dia tak balas.....tel abis credit........itu SiBongsu Kakdah....ptg balik dari kuliah..kenapa buat sup tak buat tom yam....tp dihirupnye sup bermangkok2......hehehe....malam ade kelas katanye....walaupun alaun BangChik beri setiap bulan dlm akaun bank, td masa nak turun minta rm10...nak top up....malas ke auto teller.....jauh....(cuma depan balai pengawal).....SiBongsu mama....

Tengah hari td....ade isteri staff called ....berminat nak ambil gerai untuk bazar Ramadhan....

Senja tadi kawan KakDah sms...'puting beliung dari PSA kata pengarah bru En Azizi . Ya ke?'KakDah jawab...'kami tak tau pun..., usah le pecaya kabo tu...'

Kejap td BangChik sms ..baru kat Tapah......


Stop kat sini dulu.....

Salam.

Sunday, September 09, 2007

Jalan-jalan tapi belum makan

Kami berdua keluar dah lewat, dekat jam 10 am. Minum air dan makan apa-apa yang ada je. Halanya ke Kingfisher. Situ berenti kejap, Kakdah makan nasi lemak dan Bangcik makan nasi berlauk.

Kemudian lajak ke Likas sebelum terus ke Luyang. Kawasan Luyang memang kami tak mahir sebab jarang ke sana. Dari situ nak ke Damai pulak tapi tak tahu jalan. Mula bertanya dengan salesgirl di kedai top-up. Dia tak tahu, tapi dia ambil berat pergi tanya orang di kedai sebelah. Masa itu jugak ada pelanggan singgah di kedai top-upnya dan dia minta kami pergi ke kedai sebelah. Jarang-jarang sekali dapat peluang menerima panduan jalan yang cukup lengkap dan panjang lebar. Pekedai itu namanya Chin, lukis rajah dalam satu kertas A4. Setiap simpang traffic light di highlightnya. Nama kedai-kedai yang boleh jadi landmark pun dicatatnya seperti; Pizza Hut, 7 eleven dan supermarket. Chin sebenarnya mengendalikan kedai asesori penapis air bersih. Masih ingat segaknya merchandise kedai tersusun. Harga 3 filter air RM10 masih terlekat dikepala.

Akhirnya kami sampai juga di tempat yang hendak dituju. Terimakasih Saudara Chin.

Saturday, September 08, 2007

Cerita BangCik pindah.

Cerita pindah bukanlah cerita yang baru. PKK adalah tempat ke 7 bangcik bertugas, dan kakdah dengan anak-anak mengekur je kemana-mana ditempatkan.

Baru-baru ni kakdah dikejutkan dengan desus desas bangcik kena PINDAH. Kalau tanya bangcik, dia selalunya tanya balik, sapa yang bagitau. Kemudian dia sengih menjawab "Kalau orang tu yang sign surat arahan pertukaran, baru boleh percaya cerita".

NOTA: Hidup kita ni penuh dengan cerita sahih dan kabur. Kakdah dah tak heran..... hahaha.

Puspanita lagi: belajar masak Pasta dan Pizza

Hari ini, sabtu, sekali lagi Puspanita menganjurkan kelas memasak Pasta dan Pizza. Yang mengajo tadi ialah Chef Shahir dari jabatan hospitaliti.

Kami juga didedahkan 5 cara melipat Napkin;
1. The diamond Pouch
2.The Lily Goblet Fold
3. Lady windermere's
4. The bird of Paradise
5. The Crown.

Keseluruhan program dikelolakan oleh Wan Norliana dan dibantu oleh Dayang Suhaila. Chef Saiful meminjamkan cookernya jenama Oiwa (ejaannya tak pasti). En Kamarudin pulak sibuk mengambil video.

NOTA: Gambar-gambar setakat ini Kakdah takboleh upload lagi. Macam ada masalah saje dengan internet ni ...

Bajet 2008: persepsi seorang surirumah

Semalam bajet 2008 dibentang oleh Perdana Menteri. Kakdah tak tenguk sampai selesai, dan faham pun tak seberapa.

Yang Kakdah tahu ialah;
1. Bonus tidak disebut
2. Yuran sekolah tiada
3. Buku teks semua dapat.

Bang Cik: kerjajaya dan teman setia

Kakdah macam biasa la, ikut je kemana bangcik bertugas. Ada masa kami tinggal dirumah sewa dan selebihnye di kuaters kerajaan.

Rumah Sewa:
Manjoi - 4 tahun
Loughborough UK - 1 tahun
Tendung - 1 tahun
Kok Lanas - 1 tahun
Batu Pahat - 2 tahun

Kuarters:
Muadzam Shah: 5 tahun
Shah Alam: 2 tahun
Seremban: 6 tahun
Kota Kinabalu: 2 tahun

BangCik jarang cerita-cerita hal keje dia. Kalau nak nyembang pun hal-hal lain je. Katanya dia tak selesa nak cerita hal keje dan orang-orang di tempat keje. Katanya setengah hal baik tak payah tahu, biar kekal sebagai rahsia rasmi! Itu kakdah faham. Cuma kadang-kadang kakdah rasa serba tak kena bila kawan-kawan tanya itu tanya ini.., dan kakdah kene berterus terang kata "kakdah tak tahu..."

Kakdah faham bangcik berpegang kepada beberapa prinsip tertentu.. hal kerja tak heret ke rumah. Ada juga kawan-kawan seangkatan dengan kakdah ditempat-tempat lain yang tahu serba serbi tentang kerja-kerja suami mereka, tapi feedback yang kakdah dengo, orang-orang ditempat kerja disitu tak berapa gemar. Kononnye macam isteri masuk campur dan pengaruhi tindak tanduk suami ditempat kerja.

Bila bangcik taknak heret hal kerja ke rumah, kakdah pun tak kisah, kepala kakdah tak payah serabut. Kakdah tulis ini sekadar memaparkan realiti kerja dan hidup berumahtangga, tentang hal yang sepatutnya rahsia, dan hal yang menjadi milik semua, tentang kerjaya suami dan tentang teman setia suami tersayang.

KakDah: Esuk kami nak makan durian lelong di padang permainan depan rumah. Kononya sorang bayar RM5 dan makanlah sebanyak mana yang terdaya.. hehe... entah sapa organise, dengo-dengonye macam kelab staff dan kakitangan.