Thursday, September 27, 2007

Apa yg dirasai oleh anak2......

Salam,

Kisah benar ini Kak Dah paparkan sebagai renungan untuk semua yg membaca........terjadi semasa kami menetap di Seremban ,disebuah sekolah ..,..akibat perceraian ibu dan bapa., masalah pertelingkahan ibu bapa....

1)seorang pelajar perempuan yg hampir terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah pada waktu prep.....menjadi runsing dan sasau sekejap apabila bapanya mempunyai isteri baru......dia risau...ape yg akan berlaku pd ibunye, adik2nye dan mase depan mereka....bapa mungkin tidak punye sepenuh mase untuk mereka seperti selalu.....jenuh kami mententeramkan nye,Kata Bang Chik.....Cikgu akan panggil kedua dua mereka dan berbincang....itu masalah org tua kamu, nanti akan ada penyelesaiannye.....tugas kamu sekarang ialah belajar bersungguh2, SPM dah dekat .........keputusan SPM mesti baik.......kemudian baru kamu boleh tlg ibu dan adik2 kamu, cuba tidak datangkan masalah baru kepada ibu.........Kak Dah tak tahu apakah pelajar itu faham....tugas diberikan pd guru klas dan ketua blok untuk memantaunye......

2)seorang pelajar lelaki meninggalkan sekolah dan asrama pergi mencari bapanya.....apabila siibu memberitahu yg bapanya agak lama tidak balik kerumah........jenuh juga cikgu2 bertanya kepada kawan2 kenapa jadi begini dan begitu......menalipon ibu dan bapanye bertanya kalau2 sianak ade dgn mereka...sbb pelajar ini 'hilang tika waktu outing'. Siibu tangkas dtg kesekolah tp bapa tak nampak muka......cerita yg diterima kemudiannya.......bapa menalipon anaknya memberitahu 'bapa telah keluar dari rumah ibu dan juga dihalau dari rumah "mak cik" kamu dan skrg bapa tumpang bilik di rumah kawan bapa....bapa dah tak punya apa2 lagi....'

3)seorang pelajar yg cerdik tak mampu nak bayar yuran sekolah dan SPM nya sbb ayah belum bagi duit lg.......puncanya ayah kawin 2...gaji kecil dan ramai adik beradik.....nanti bila ada, ayah akan bagi sambil airmata meleleh dik kerana malu atau sedih?........

4)seorang pelajar terpaksa ambil cuti kerana nak jaga abah....kenapa....abah dan emak berpisah kerana abah kawin lg dan skrg cerai...abah sakit ,ade dihospital tak da sapa2 nak tunggu......sekali lg cikgu2 perlu selidik betul atau tidak...ternyata betul....

5)seorang pelajar lelaki ambil cuti nak teman mak ke mahkamah.....kes perceraian mak dan bapanye...balik asrama monyok.... lagi cikgu2 kena pantau emosinya...nak balik dan tukar sekolah yg dekat dengan rumah...nak jaga mak dan adik2(anak sulong)....mak tak benarkan....kalau boleh semua anak2 nak di anto ke asrama..tak nak anak2 nampak kesedihan dan kepedihan yg beliau hadapi....

6)seorang ibu yg menjadi isteri kedua kpd seorg vip meminta agar dinasihati anaknya supaya tidak keluar dr asrama sekolah...kenapa...tidak mahu anak tunggalnya melihat penderitan yg terpaksa ditanggung akibat deraan kata2 yg keluar dari mulut suaminya..(ayah tiri) pd hal anak nak menemani ibu dirumah......

7)seorang sepupu Kak Dah meminta bantuan Bang Chik agar anak kawannya diberikan tempat/ asrama...kerana...anak manja suaminya telah menjadi musuh ketat kepada siayah itu sendiri (seorang kaunselor)........kenapa ....kerana siayah telah kahwin lain......

Rasa2nya 3 org kaunselor pun tak cukup bagi membantu meredakan tekanan perasan pelajar2.......

Ada banyak lg cerita benar disana setelah hampir 7 tahun kami disitu......kenapa Kak Dah tahu...kerana Kak Dah ada pada dan ketika insiden ini berlaku.....yang Kak Dah tak tahu banyak lg sbb Bang Chik jarang mahu bercerita apa yg terjadi di sekolah mahu pun pejabatnya. Bak kata org dipejabatnya dulu...mudah bg guru2, kakitangan dan pejajar2 keluar masuk pejabat HM......begitu juga sering disinggahi oleh pelawat2 yg tak buat temu janji yg terpaksa dibenarkan oleh Atuk Sulong(pengawal keselamatan).......Kak Dah tentunya kena bersedia dirumah...sering dibawa balik bila waktu pejabat selesai......

Kepada sesiapa yg mahu cuba2 megumpan dan bersedia diumpan...yg membaca blog ini fikir2kan lah......cabaran nya besar dan ketika berjaya mengatasi tahap 1, akan ada lagi cabaran yg lebih besar yg membuatkan kita mungkin kehilangan segala2galanya ...... kasih sayang.

Kepada yg suka cabaran dan resiko.........menung dan tenungkan...sedalam dalam2nya agar tiada siapa yg lukai dan disakiti......

Melarat-ralat pula Kak Dah ni...berhenti disini dulu...sebelum ada yg jemu atau mungkin sudah jemu membaca.....

Kak Dah.

2 comments:

Rozita bt. Paiman said...

Salam.....
Kata orang sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Kita tak tau.

Kata orang: Adakah isteri tlh betul2 memenuhi keperluan suaminya sehingga dia tidak perlu mencari pasangan yang lain.

Kata orang lagi:Adakah kerna kasih syg yg melimpah ruah maka perlu diagihkan kepda org lain.

Kata org lagi: Adakah suami memerlukan cabaran dalam hidupnya. Sudah jemu dgn kebiasaan, ingin rasa suasana yg baru.

Hingga mereka lupa tanggungjawab mrk dan tuntutan perkahwinan yang tlh dimetri dulu....

Bangchik and Kakdah said...

BangCik nak komen sikit saja.

Sebarang pergolakan dalam rumahtangga memerlukan sedikit masa untuk reda. Samada pinggan mangkuk, jiwa, atau ikatan yang pecah berderai bergantung kepada rundingan.

Tetapi dalam kerumitan demikian, ruang berunding mungkin tidak ada, dan masing-masing mengikut kata hati saja.

Dalam kes-kes ikatan berderai, usia perkahwinan bukan membawa makna apa-apa. Kita dapat lihat keluarga terperangkap sebegini walaupun mereka sudah bercucu dan ada yang baru beranak dua.

Cuma, sayangilah apa yang ada, di depan belum tentu.

Thanks and happy aidil fitri.