Tadi kami tidak berbuka di rumah. Jemputan berbentuk " abangcik dan isteri" berkehendakan sedikit penyesuaian. Anak bujang terpaksa kena tinggal. Kami berdua tiba di tempat itu 5 minit sebelum waktu berbuka. Seperti biasa abgcik menghadapi kesukaran berbuka dengan pelbagai juadah, terutama sekali bila menu bukan pilihannya.
Waktu bersahur, kami perlu masak, dengan masakan yang paling ringkas dan cepat. Rezeki kami ialah nasi dan ikan sebelah sebelah goreng dan sup.
Siang tadi Kakdah menerima telefon dari ummi adlina. Katanya mereka bertiga nak beraya di Sabah selama sepuluh hari. Biar Betul??.. KakDah tengah congak2 dengan bangcik apa nak atur......
Wednesday, September 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
TAHNIAH: Perkhabaran awal dr semenanjung tentang beraya bersama cucu tentunya amat menggembirakan. Semoga apa yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya. Perancangan yang teliti akan menghasilkan keputusan dan situasi yang memberangsangkan! Semoga menjadi...
Post a Comment