Saturday, September 15, 2007

Sabtu: borong baju baru

Kami berdua turun dari apartment tingkat 5, lalu menyusur sepanjang jalan sulaman. Kak Dah cari baju raya di kedai tepi Wisma Merdeka . Dapat 2 pasang, warna oren dan jingga pekat. Takpe, ada lagi 3 minggu untuk jahit. BangCik rilek je tahun ni.... katanya pakai yang tahun lepas je. Minggu depan nak selesaikan baju anak bujang pulak!!

Masa menyusur tepi teluk likas, jalanraya jadi sesak, alir trafik berdenyut-denyut saja. Rupa-rupanya dekat simpang KDK tersadai 3 kenderaan, melekat-lekat, dan dihadapan sekali ialah Bas Mini jalur biru. Jalan sebelah laut tentulah sesak sebab accident tu, tapi jalan sebelah darat pun sesak jugak!!. Kan memang tabiat pemandu suka ambil sibuk, perlahankan kereta dan terjengah-jengah nak tahu apa yang berlaku.!

Masa nak balik, singgah kejap di Servay Parkwell Likas. Servay adalah antara supermarket yang masih bertahan. Yang lainnya terkulai dengan pukulan Giant. Di Kota Kinabalu, Giant telah mula menunjuk taringnya dengan monopoli dalam peruncitan pasaraya. Servay bagi Kak Dah dapat menghidupkan gelagat pembeli yang gemarkan pilihan. Tentu seronok kalau kita dapat jengah Servay, giant dan Tong Hing, berbanding dengan menyinggah di Giant Inanam, Giant Likas dan Giant Kampung Air. .... Untuk itu sekalung Tahniah , S e r v a y.

Suatu masa dulu AbangCik ada cerita, pemilik2 pasaraya yang sudah berumur tentu gembira dengan tawaran ambil alih dari Giant. Pertama dapat mengelak dari persaingan hebat dari Giant dan yang kedua dengan cash baru hasil proses ambil alih membolehkan mereka menikmati saki baki hidup dengan tenang dan selesa.

Tetapi Servay memilih untuk bertahan dan bertarung. Selamat Berjaya Servay!!.. Motto Servay dengan tulisan merah ialah " YOUR PAY LESS STORE "

Terserempak dengan Saifullah membonceng trolley bersama dengan ibu, ayah dan adik kecilnya masa diLikas tadi. What a small world......... Kak Dah hulur tangan dukung dia, dan dia pun tunjuk manjanya, tersengih-sengih.........

4 comments:

Bangchik and Kakdah said...

Bila keluar dari kedai kain/baju sambil menjinjing beg plastik penuh kain baju, ada dua wajah berlainan.

Wajah pertama: penuh gembira, puas dan nak datang lagi.

Wajah kedua: terpinga dan hairan kenapa mesti pegang, belek dan rasa semua kain yang ada dalam kedai.

haha.

Pak Ngah: said...

:: hati sorang lelaki tak sama dengan hati sorang pompuan... hehehe

azlanlin said...

Wajah PERTAMA : dapat memilih yang terbaik kena dengan umpph di hati! - wajah pemilih kain. Siapa ya?

Wajah KEDUA : merenung dan memikir tentang wajah pertama sedang asyik masyhuk yang tercari2 umph pada kain yang dirasa - wajah pemerhati. Siapakah itu?

Zuraidah said...

Pertama 2 KakDah dan kedua Bang Chik. BangChik masa bln puasa ni hawanye lebih.Setiap gerai ikan dan sayo tepi jln dr Bando KK ke Poly di singgah. Beli dan simpan, penuh peti, Hari2 mesti lebih dr 5 jenis mskan bukan beli tp masak sendiri, itu sikit, ini sikit.Sabo je le.....
Masa beli kain tu...bising, takut paso udah tutup...sampai rumah jam 3 pm, solat loho lps 2 pi masak sampai jam 6 pm...BangChik rajin kedapok...tolong banyak jugak la...siang ikan dan udang...tu yg makain sayang kat dia...hehehe