Thursday, September 13, 2007

Ulang tahun Blog

Sedar-sedar sudah setahun usia blog ini. Lebih kurang masa macam ini juga tahun lepas. Ketika bulan puasa.

Tadi ke bandar, menguruskan borang harta pusaka. Dalam keluarga Kak Dah, kalau apa-apa hal, yang lain-lain boleh berkumpul dengan segera, tetapi Kak Dah dalam mengharung hidup ini, terpaksa bermastautin di sabah yang jauh. Untuk urusan pusaka ini, Kak Dah kena wakilkan pada yang lain-lain saja. Kak Dah kena lengkapkan satu borang dan borang itu perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Jadi Kak Dah pun berkunjunglah ke Mahkamah Kota Kinabalu. Bangunan yang tersergam tepi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Orang berkenaan cukup teliti, belek borang beria-ria. Sekejap saja prosesnya. Tak sampai setengah jam, Kak Dah pun ucapkan terima kasih lalu beredar. Selepas itu, singgah sekejap di Eaton, kedai favourite untuk alatan menjahit. Kemudian lajak ke Supermarket Tong Hing, untuk beli ayamas produk, susu segar, bawang dan majerine.

Selang 3 kedai dari supermarket itu, ada kedai buah. Kak Dah beli pula betik, pisang berangan dan tamar. Tamar tu special sikit kerana jenamanya ialah AZIZI.

Dikotaknya tertulis;

AZIZI mozafati dates
Net weight 650 gm
product of I.R. of IRAN.

Macam biasa la, bila shopping wang pun mengalir. Harga barangan kini bukan murah macam dulu. Lima tahun dulu bawang sekilo boleh dapat seringgit lebih, Kini di sabah harga sudah melonjak jadi tiga ringgit lebih. Kuasa membeli terus merosot. Kak Dah letakkan detail apa yang Kak Dah beli tadi sekadar mengingat diri sendiri supaya pandai-pandai berjimat jangan ditelan inflasi.

Alatan jahit 10.40
Tong Hing 35.60
Kedai Buah 14.50

1 comment:

Pak Ngah: said...

:: selamat menyambut tarikh lahir blog... kalau tak silap pada 16 september... ini bermakna 16 september 2007... dah setahun le usianya... dan kalau budak2 kecik tu... kira dah tumbuh gigi le tuuu...